Friday, May 7, 2010

The Uesugi Festival

Golden Week tahun ni kami tak berjalan jauh sebab nak tengok festival Uesugi yang diadakan tiap tahun di sini. Tahun lepas tak berkesempatan sebb kami ke Kyoto. Kebetulan rakan dari Tokyo dan Kanazawa mmg datang nak tengok festival ni.
Festival ni diadakan selama 5 hari dari 29/4 hingga 3/5. Banyak aktiviti termasuk perarakan, pertunjukan dan persembahan. Kami tak dapat nak tengok semua, hubby pun masa tu masih kuarantin. Nak bawak 3 orang berjalan mmg tak boleh la.
Hari ke 5 baru dapat pegi, tengok acara kemuncak. Festival ni diadakan sempena memperingati The battles of Kawanakajima, peperangan zaman dulu2 era Sengoku Period. Nak citer panjang2 kene baca sejarah Jepun la. hehehe.. mama tau sikit2 je la. Tapi kalau baca memang best dan agak kagum jugak dengan orang Jepun dolu2. Tapi tetap tak suka masa Jepun serang tanah melayu dulu. huhu..
Bergambar dengan orang Tokyo dan Kanazawa nih. Pakcik ni pegang pistol zaman dulu, masih boleh digunakan untuk persembahan.
Kami bergerak ke tepi sungai pulak untuk tengok peperangan sebenar. Cuaca panas sangat ooh masa ni. Batisya duk bawah pokok tak tahan panas. hehe.. tapi x nampak la pertunjukan.
Peperangan dah bermula. Orang memang ramai sangat la. Kami kene berdiri jugak, susah nak ambil gambar dalam sesak2 orang.
Tentera Uesugi Kenshin berlawan dengan tentera Takeda Shingen. Tempat sebenar diorang berperang adalah di Nagano.
Masa ni semua tentera dah keluar. Ramai betul tentera, mesti berpeluh2 pelakon2 tu dengan pakai custom perang ni. Tengok custom tu tebal giler ooh..
Owari (tamat), lebih kurang 2 jam diorang ni berperang. Ramai jugak la yang mati. hehe..
Sebenarnya diorang ni berperang sebanyak 5 kali, keputusan akhir adalah seri. Orang dulu2 berperang je la ye nak berkuasa. Kami enjoy jugak tengok festival ni walaupun terpaksa berdiri dalam panas. hihi..

No comments: